Kadar kebolehjangkitan 0.58

PUTRAJAYA 3 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.58 berbanding 0.62 kelmarin.

Tiada negeri merekodkan kadar sama atau di bawah 0.58 dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.98.

Ini diikuti Pulau Pinang 0.78, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing 0.76,  Perak 0.71 dan Sarawak 0.70.

Negeri Sembilan merekodkan 0.67, Kedah 0.66, Selangor 0.66 dan Johor 0.65.

Sementara itu Pahang merekodkan 19 kes, Sabah 12 kes, Terengganu sembilan kes, Kelantan tujuh kes, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment