Kadar kebolehjangkitan 0.65

PUTRAJAYA 30 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.65 dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului dengan kadar 1.03.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84, Melaka 0.80, Pulau Pinang 0.78, Perak 0.76, Negeri Sembilan 0.75, Selangor 0.74, Sabah 0.73.

Johor dan Sarawak pula masing-masing merekodkan 0.67 diikuti Kedah 0.65 dan Pahang 0.64,

Sementara itu Terengganu merekodkan 16 kes, Kelantan 12 kes, Perlis sembilan kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment