16 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 831,523 atau 23.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 23,732 kanak-kanak tampil mendapatkan suntikan dos kedua semalam.

Di samping itu, sebanyak 9,884 lagi kanak-kanak bagi kumpulan itu mendapatkan dos pertama semalam menjadikan 1,528,733 atau 43 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,991,223 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,032,860 individu dewasa atau 68.1 peratus sudah menerima dos penggalak, manakala 22,966,843 atau 97.6 peratus melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,191 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,581 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 10,692 dos pertama, 24,862 dos kedua dan 3,027 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,274,130.

Related posts

Leave a Comment