12,888 kes harian Thailand

BANGKOK 30 April – Thailand merekodkan 126 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes baharu pula 12,888 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 28,526 meninggal dunia dan 4,250,949 kes.

Jumlah kes harian itu termasuk 104 kes import menunjukkan penurunan berbanding 129 kematian dan 14,053 kes yang dilaporkan semalam, Jumaat 29 April.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 12,399 kes positif hasil ujian antigen direkodkan yang jika digabung menjadikan jumlah kes harian itu meningkat kepada 25,287 kes.

Setakat semalam, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan sebanyak 151,567 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 38,596 di hospital di mana 1,773 dalam keadaan kritikal.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 17,105 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,070,856 pesakit pulih.

Menurut CCSA dalam kalangan 126 kematian terdapat kes berusia tiga bulan dan tertua 109 tahun yang melibatkan 66 lelaki dan 60 wanita yang terdiri daripada 124 warga Thai seorang Myanmar dan Kemboja.

Sementara itu Bangkok terus merekodkan kes tertinggi iaitu 3,051, diikuti Si Sa Ket 496, Buri Ram 467, Chon Buri 432, Khon Kaen 399, Samut Prakan 386, Roi Et 340,

Ubon Ratchathani 309, Nonthaburi 276 dan Maha Sarakham 270.

Kes import pula dari 24 negara termasuk Laos 28, India 12, Australia 10, lapan kes masing-masing dari Singapura dan United Kingdom, tujuh dari Amerika Syarikat, lima dari Perancis, dan empat masing-masing dari Emiriyah Arab Bersatu dan Jerman.

Related posts

Leave a Comment