Kes baharu Brunei Darussalam 102

BERAKAS 30 April – Brunei Darussalam menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 102 kes baharu berbanding 119 kes  semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 141,850.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 84 adalah hasil Ujian ART dan 18  kes adalah hasil daripada 639 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tiada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 181 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 140,892

manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 740 kes, iaitu 11 kes sedang dirawat di hospital, manakala 729  kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 216 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan 20,647 orang atau 48.1 peratus daripada populasi keseluruhan .

Related posts

Leave a Comment