Padah bangga langgar PKP

TIPS tak kena tempat. Silap perhitungan apabila polis telah mengenal pasti mereka. Justeru jangan bangga dengan kejayaan melepasi sekatan polis. Tindakan itu hnaya mengundang padah. Maka jangan ambil mudah peringatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tidak ada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang dengan mengingkari arahan dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpakai selama ini. 

“Semalam, kita lihat tular di media sosial gambar keluarga menunjukkan mereka sedang balik ke Kuala Lumpur dan mereka bagi tips kepada orang ramai bagaimana cara nak lepas (sekatan jalan raya).

“Saya ingin jelaskan bahawa polis telah pun mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil. Jadi tolonglah jangan berbangga dengan melakukan kesalahan dan menganggap diri sebagai hero kerana akhirnya tindakan akan diambil dan menyusahkan diri mereka dan keluarga.

“Tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan diambil tindakan oleh polis jika mereka melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri telah mengakui bahawa mereka telah pun ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP,” katanya hari ini. 

Beliau mengulas mengenai sekeping gambar tular kononnya sebuah keluarga berjaya pulang ke Kuala Lumpur dan melepasi sekatan jalan raya dengan alasan menghantar anak ke hospital. 

Related posts

Leave a Comment