PUTRAJAYA 7 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 188 kes termasuk tiga kes import berbanding 164 yang direkodkan kelmarin.
Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,978 yang meliputi 5,005,280 kes tempatan dan 38,698 kes import.
Tiada kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,966 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,211 berbanding 9,204 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,884 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 325 pesakit atau 3.5 peratus mendapat rawatan di hospital, dua daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan tiada kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh yang sama, 181 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,997,801.
Bagi kes harian negeri, Selangor merekodkan 76 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 44 kes.
