SINGAPURA – Seramai 2,438,610 pengundi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (PRU2025) yang diadakan pada 3 Mei lalu.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) memaklumkan, jumlah itu mewakili peratusan keluar mengundi sebanyak 92.83 peratus daripada 2,627,026 pengundi berdaftar di semua bahagian pilihan raya yang dipertandingkan.
Menurut ELD, angka itu termasuk undi luar negara yang dikira di pusat pengiraan di bangunan ELD pada Khamis.
Kenyataan itu memaklumkan, seramai 5,966 daripada 8,091 pengundi luar negara hadir di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan untuk membuang undi mereka.
Sementara itu, seramai 7,808 daripada 9,146 pengundi pos telah memuat turun undi pos mereka dan daripada jumlah itu, 6,097 undi diterima di Singapura sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dan 3,363 diterima untuk dikira.
Nnn