Pengangkutan awam di AS batal pelitup

NEW YORK: Syarikat pengangkutan awam di Amerika Syarikat (AS) menarik balik keperluan memakai pelitup muka berikutan perintah mahkamah persekutuan yang tidak lagi memberi mandat menutup muka dalam pengangkutan awam.

Syarikat penerbangan, kereta api dan perkhidmatan bas di seluruh AS tidak lagi mewajibkan pelitup muka tetapi “sesiapa yang memerlukan atau memilih untuk memakainya digalakkan untuk berbuat demikian”.

Syarikat Uber, Lyft dan Amtrak turut mengumumkan pemansuhan pelitup muka beberapa jam selepas keputusan diumumkan sementara seorang juruterbang Delta Air Lines mengumumkan perubahan itu semasa dalam penerbangan.

Bagaimanapun seorang pakar dalam undang-undang pembelaan awam, Scott Hechinger berasa sangat bimbang semasa dalam pesawat.

Dalam catatan Twitter, beliau berkata terdapat ramai yang bersin dan batuk dan orang ramai hanya menarik nafas seperti biasa.

Penggubal dasar di Washington memutuskan minggu lalu untuk melanjutkan mandat pemakaian pelitup peringkat persekutuan sehingga 3 Mei ini, tetapi seorang hakim persekutuan menolaknya pada Isnin lalu, yang mengakibatkan syarikat-syarikat penerbangan utama bergilir-gilir membuat pengumuman termasuk United Airlines dan American Airlines.

Badan penguasa khidmat pengangkutan di New York, Penguasa Transit Metropolitan New York, bagaimanapun akan terus memerlukan orang ramai memakai pelitup semasa dalam kereta api antara bandar (subway) dan bas.

Related posts

Leave a Comment