Korea Selatan tarik penjarakan sosial

SEOUL: Korea Selatan menarik semula peraturan penjarakan sosial bermula minggu depan, kecuali pemakaian pelitup muka.

Perdana Menteri Kim Boo-Kyum memberitahu mesyuarat menangani pandemik bahawa, perintah penutupan perniagaan pada tengah malam dan had 10 orang untuk perhimpunan persendirian akan ditamatkan mulai Isnin depan.

Di samping itu, had 299 orang untuk acara dan perhimpunan serta had kapasiti 70 peratus untuk aktiviti keagamaan akan ditarik balik mulai 18 April.

Manakala makan di dalam panggung wayang, kemudahan sukan tertutup dan kemudahan keagamaan akan dibenarkan mulai 25 April.

Boo-Kyum berkata, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan masih perlu, namun keputusan untuk menarik balik pemakaiannya di kawasan terbuka akan dibuat dua minggu lagi.

Terbaharu, negara itu melaporkan 125,846 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jauh lebih rendah berbanding lebih 200,000 kes yang dicatatkan minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment