16 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 April – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,437 orang, daripada 4.36 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, terdapat 96,601 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 93,901 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 282 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,308 kes dirawat di hospital dan 110 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 42 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 68 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment