419 kes baharu, 27 kematian

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 419 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 335,997.

Sebanyak 27 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebanyak 4,850.

Kes aktif pula sebanyak 10,117 sementara 626 pesakit sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 320,974 atau 95 peratus pulih.

Mengenai taburan pesakit baharu, Madinah mendahului dengan 68 kes, Yanbu 48 Makkah 45 dan Riyadh 25.

Related posts

Leave a Comment