1,420,019 kanak-kanak dapat suntikan

PUTRAJAYA 19 April – Sebanyak 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.9 peratus daripada populasi itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 7,963 lagi kanak-kanak mendapatkan dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sebanyak 38,094 lagi mendapatkan dos kedua menjadikan sejumlah 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7 peratus, sudah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,875,587 individu atau 92.4 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 2,976,803 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, sebanyak 15,980,555 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak, 22,961,507 atau 97.6 peratus melengkapkan dos kedua, dan 23,238,533 atau 98.8 peratus p menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 55,642 dos vaksin diberikan, membabitkan 40,397 dos kedua, 6,247 dos penggalak dan 8,998 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,692,713.

Related posts

Leave a Comment