Kes Sabah turun bawah 100

KOTA KINABALU 17 April – Sabah kembali mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 pada kadar dua angka iaitu sebanyak 63 kes, semalam berbanding 101 kelmarin, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun.

Beliau berkata satu kematian dilaporkan semalam iaitu di Kota Belud manakala jumlah kes semalam adalah paling rendah dicatatkan sejak 17 Mei tahun lepas.

“Mengambil kira kadar dan jumlah perubahan angka jangkitan harian di semua daerah di Sabah, keadaan secara keseluruhan adalah stabil dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Masidi berkata, semalam sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu membabitkan Kota Kinabalu, Penampang, Beaufort, Sandakan, Tenom, Nabawan, Tambunan, Beluran, Kuala Penyu, Telupid, Kunak dan Ranau.

“Tidak ada kes jangkitan baharu di 12 daerah lain iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Sipitang, Pitas, Tenom, Tongod dan Kalabakan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment