9,705 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 17 April – Kementerian Kesihatan merekodkan 9,705 lagi kes positif baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,382,402 kes jangkitan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes jangkitan baharu itu, 47.95 adalah kategori satu, manakala kes kategori dua mencatatkan 51.55 peratus.

Kategori tiga, empat dan lima kekal di bawah satu peratus. Bagaimanapun, daripada jumlah jangkitan baharu dicatatkan itu, sebanyak 9,675 kes membabitkan penularan tempatan manakala 30 kes adalah kes import.

Sementara itu kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 134 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 81 kes.

Kes sembuh pula sebanyak 14,346 , menjadikan jumlah kumulatif yang berjaya sembuh ialah 4,238,471 atau 96.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment