Lebih 50 peratus tidak bergejala

PUTRAJAYA 16 April- Lebih 50 peratus atau 5,384 kes daripada jumlah keseluruhan 9,637 kes baharu yang dikesan semalam membabitkan kategori satu atau individu tidak bergejala, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu sebanyak 4,231 kes atau 43.74 peratus pula membabitkan individu dalam kategori dua.

Ini diikuti kategori tiga dengan 21 kes, kategori empat (17 kes) dan kategori lima (10). Secara keseluruhannya daripada 48 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 27 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas.

Selain itu sejumlah 26 kes dalam kalangan mereka yang mempunyai komorbid, masing-masing 17 kes membabitkan individu tidak divaksin atau belum lengkap vaksin dan sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak.

Sebanyak 14 kes membabitkan individu yang sudah mengambil dos penggalak

Sehingga semalam sebanyak 370 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital membabitkan seramai 224 kes dalam kalangan individu kategori satu dan dua serta 146 kes pula dalam kategori tiga hingga lima.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kluster baharu penularan Covid-19 dikesan menjadikan sehingga kini terdapat 116 kluster yang masih aktif di negara ini.

Mengenai kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU), Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri yang mencatatkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

Bagi katil bukan ICU, hanya Putrajaya mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu kini ditahap 51 peratus selain itu Perak pula mencatatkan penggunaan sebanyak 87 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Related posts

Leave a Comment