Kes harian turun di bawah 10,000

PUTRAJAYA 16 April – Selepas dua hari berturut-turut melebihi 10,000 kes, jumlah jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan semalam dengan mencatatkan 9,673 kes setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,372,697 dengan jumlah kematian pula seramai 35,397 orang termasuk 21 yang dilaporkan meninggal dunia semalam dengan lima daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebanyak 25 kes import melibatkan 24 warganegara manakala daripada 9,648 kes tempatan pula melibatkan 9,337 warganegara dan 311 bukan warganegara.

Pada masa sama, data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, sebanyak 14,267 kes sembuh dilaporkan berbanding 13,202 jangkitan kelmarin sekali gus menyumbang kepada 4,224,125 kes pulih sejak Januari 2020.

Sehingga semalam, sebanyak 113,175 kes aktif dilaporkan, dengan sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di kediaman masing-masing iaitu membabitkan 110,385 individu atau sebanyak 97.5 peratus

Seramai 2,281 pesakit atau dua peratus pula menjalani rawatan di hospital dan 357 individu (0.3 peratus) lagi dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 152 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 69 kes disahkan Covid-19, 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan manakala 87 kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 40 kes disahkan Covid-19; 47 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Daripada 9,673 kes harian yang dilaporkan pada 15 April 2022:

  • Kategori 1: 5,394 kes (55.76%);
  • Kategori 2: 4,231 kes (43.74%);
  • Kategori 3: 21 kes (0.22%);
  • Kategori 4: 17 kes (0.18%); dan
  • Kategori 5: 10 kes (0.10%).

Daripada 48 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 April 2022:

  • 17 kes (35.42%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 17 kes (35.42%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 14 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 27 kes (56.25%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 26 kes (54.17%) mempunyai komorbid.

Related posts

Leave a Comment