15,888,368 dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 6 April – Sebanyak 15,888,368 individu dewasa telah mendapatkan dos penggalak manakala 2,855,208 remaja melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut data laman web COVIDNOW, 1,353,370 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 11,101 lagi populasi dewasa mendapatkan dos penggalak manakala 636 melengkapkan dua dos menjadikan jumlah 22,955,102 dan 466 mengambil dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 23,232,340 orang.

Bagi populasi remaja pula,  sebanyak 2,953,452 atau 95.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun itu mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos manakala 44,376 kanak-kanak pula melengkapkan dua dos.

Semalam sebanyak 25,487 dos vaksin diberikan yang meliputi 2,631 dos pertama, 11,755 dos kedua dan 11,101 dos penggalak menjadikan jumlah menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,069,817.

Related posts

Leave a Comment