Singapura lapor 2,141 kes harian

SINGAPURA 30 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,141‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,197,908

Kes harian itu melibatkan 2,083‬ jangkitan tempatan dan 58‬ kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,335 orang.meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut MoH, terdapat 1,860 kes baru Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Terdapat 1,814 jangkitan tempatan dan 46 kes import dalam Protokol 2 manakala

281 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 269 adalah jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 231 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 245 semalam di mana 15 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam kes dipantau rapi di ICU manakala 2,562 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Jumaat, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment