2,579 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 30 April – Malaysia merekodkan 2,579 jangkitan baharu Covid-19 semalam,  Jumaat yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,935 yang direkodkan pada 28 April.

Menurut data yang dikeluarkan di portal COVIDNOW, daripada 2,579 kes itu, enam adalah kes import manakala 2,573 kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,445,897 kes sejak wabak itu bermula.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,180 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 376 dan Pulau Pinang 209 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kes terendah iaitu satu kes.

Terdapat 6,055 kes pulih pada Jumaat, menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia sebanyak 50,294.

Daripada kes aktif, 97.3 peratus atau 48,924 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 34 orang, atau 0.1 peratus daripada jangkitan aktif dirawat di pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) berisiko rendah.

Hanya 2.5 peratus kes aktif atau 1,258 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 78 dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50 memerlukan sokongan ventilator.

Related posts

Leave a Comment