745 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 745 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 133,726 kes

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata,, tujuh kes dalam kategori 4 manakala tiada kes dalam kategori 5.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, dua kematian dilaporkan tetapi hanya satu dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 93 orang.

Daripada jumlah kes baharu ini, sebanyak 658 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth, manakala 87 adalah dari 1,597 hasil Ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

Beliau juga memaklumkan, 1,210 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa kepada jumlah kes sembuh 127,970 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 5,548.

Sebanyak 91 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 5,457 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat 29 Mac, sebanyak 61.2 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin

 

Related posts

Leave a Comment