Kes di Sabah kini 365,551

KOTA KINABALU 25 Mac – Sebanyak 15 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 satu angka semalam dengan Beluran, Kunak dan Semporna merekodkan hanya satu kes jangkitan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata empat lagi iaitu Tenom, Kinabatangan, Telupid dan Tongod masing-masing merekodkan dua kes, diikuti Ranau, Pitas dan Nabawan dengan masing-masing empat kes.

Kudat dan Lahad Datu masing-masing enam kes, tujuh kes di Sipitang, lapan kes di Kuala Penyu serta Keningau dengan sembilan kes.

Masidi berkata sebanyak 10 daerah mencatatkan jumlah kes harian dua angka iaitu Penampang (47), Papar (44), Tuaran (41), Sandakan (27), Putatan (23), Kota Belud (17), Tawau (14), Kota Marudu (14), Tambunan (14) dan Beaufort (13).

Kota Kinabalu pula mencatatkan jangkitan tiga angka dengan 123 kes, manakala Kalabakan satu-satunya daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu semalam.

Mengenai angka jangkitan keseluruhan di Sabah, Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri merekodkan 436 kes positif baharu menjadikan kumulatif 365,551 kes.

Sebanyak dua kes kematian dilaporkan masing-masing satu di Keningau dan Kota Belud, manakala bilangan pesakit sembuh pula 1,248 orang menjadikan kumulatif 343,913 orang.

Related posts

Leave a Comment