71 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 71 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi  menjadikan jumlah keseluruhan 34,400 orang, daripada 3.96 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 26 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 274,059 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 264,985 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,623 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,080 dirawat di hospital dan 371 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 168 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 203 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment