10 juta pelarian konflik Rusia-Ukraine

KIRA-KIRA 10 juta orang penduduk meninggalkan kediaman mereka akibat konflik Rusia – Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian Filippo Grandi di Twitter pada Ahad berkata

Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri.

“Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka.”, katanya.

Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian meninggalkan Ukraine sejak perang tercetus pada 24 Februari lepas dengan lebih 2 juta diterima oleh negara jiran Poland, hampir 530,000 oleh Romania dan lebih 362,000 oleh Moldova.

Kira-kira 6.5 juta dianggarkan menjadi pelarian domestik di negara itu.

Perang itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 847 orang awam dan menyebabkan kira-kira 1,400 cedera di Ukraine.

Bagaimanapun menurut PBB,  angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana keadaan di lapangan menyukarkan pengesahan.

Related posts

Leave a Comment