Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA 15 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi kepada 0.96 berbanding 0.97 kelmarin.

Dua belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi, satu negeri menyamai kadar 0.96 manakala tiga lagi lebih rendah.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.21 berbanding 1.26 kelmarin, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing 1.12 sama seperti kelmarin.

Negeri Sembilan mencatatkan 1.07, Perak 1.04, Pulau Pinang 1.03, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02 manakala Kedah dan Pahang masing-masing 1.01.

Selangor, Johor dan Melaka masing-masing merekodkan 1.00, diikuti Kelantan 0.97, Perlis 0.94, Wilayah Persekutuan Labuan 0.82 dan Sabah 0.70.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment