BN dapat mandat besar di Johor

JOHOR BAHRU 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya meraih mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini apabila berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10.56 malam ini. BN berjaya meraih dua pertiga majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang amat kukuh. DUN Johor yang dibubarkan pada 22 Jan lepas manakala penamaan calon pula pada 26 Feb. Selain BN, kedudukan tidak rasmi turut menunjukkan Pakatan Harapan memenangi 10 kerusi (9 DAP, 1 Amanah), Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Parti…

Read More

3 kematian 2,602 kes baharu Brunei

BERAKAS 12 Mac – Brunei Darussalam merekodkan lima lagi individu meninggal dunia, tiga daripadanya dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19 sementara dua lagi tiada kaitan, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 80 orang. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, Dr Md Isham berkata, terdapat dua tambahan kes kategori 4 menjadikan 17 kes memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi Manakala sembilan kes kekal pada Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan…

Read More

Ketakutan selepas gelombang Omicron

GEORGE TOWN 12 Mac – Malaysia dijangka melepasi gelombang jangkitan varian Omicron Covid-19 menjelang penghujung Mac ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, jangkaan itu berdasarkan tanda-tanda penurunan jangkitan ketika ini seperti trend penurunan di Britain dan Filipina selepas berada pada kemuncak penularan Omicron kira-kira sebulan dan dua bulan lalu. Beliau berkata, berdasarkan pendekatan imuniti kelompok iaitu pemberian vaksin kepada rakyat ketika ini, pihaknya percaya jangkitan harian varian tersebut akan dapat dikurangkan. Jelasnya, 99 peratus populasi dewasa sudah menerima vaksin Covid-19 manakala hampir tiga juta penduduk pula…

Read More

Sultan Selangor Pengerusi MKI

KUALA LUMPUR 12 Mac –  Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja adalah kurang tepat dan boleh mengelirukan. Sebaliknya Mesyuarat Majlis Raja-Raja hanya membuat ketetapan bahawa seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selama dua tahun secara bergilir-gilir. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,  Syed Danial Syed Ahmad, menjelaskan, pelantikan Pengerusi MKI sejak penubuhan majlis itu oleh Majlis Raja-Raja sendiri pada 1968, yang juga badan asal Jakim,…

Read More

Kanak-kanak masuk PICU meningkat

PUTRAJAYA 12 Mac – Kadar kemasukan kanak-kanak ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat Covid-19 meningkat sejak Februari lalu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menerusi hantaran melalui laman Facebook, KKM memaklumkan kadar kemasukan meningkat 94 peratus untuk semua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara bagi kategori 4, iaitu 200 peratus, diikuti kategori 5 sebanyak 125 peratus. Kanak-kanak menjadi golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan Covid-19 memandangkan mereka yang berusia 11 tahun dan ke bawah belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding kumpulan umur yang lebih tinggi yang sudah mendapat vaksinasi.…

Read More

Senjata biologi : PBB nafi dakwaan Rusia

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan tiada bukti ditemui berhubung pelaksanaan program senjata biologi di Ukraine seperti yang didakwa Rusia. Negara anggota menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan’ dan ‘karut’, malah menggunakan sesi berkenaan untuk menuduh Rusia sengaja menyasar serta membunuh ratusan orang awam di Ukraine tetapi dinafikan Moscow. Rusia melalui perwakilannya, Vassily Nebenzia, meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat membincangkan dakwaan Moscow bahawa Ukraine menjalankan aktiviti makmal senjata biologi dengan sokongan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS). AS bersama sekutunya turut menuduh Moscow menyebarkan dakwaan tanpa bukti itu sebagai suatu…

Read More

Sejuta solat Jumaat selepas longgar SOP

MAKKAH: Lebih sejuta orang menunaikan solat Jumaat di Masjidilharam semalam selepas pihak berkuasa menarik balik beberapa peraturan yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan wabak Covid-19. Baru-baru ini, berkuat kuasa 8 Mac, Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) menarik balik langkah berjaga-jaga bagi memasuki Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Mulai tarikh itu, tiada lagi prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi. MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab, membatalkan syarat untuk mendapatkan permit bagi mendirikan solat…

Read More

15,238,078 dilengkapi dos penggalak

PUTRAJAYA 12 Mac – Sebanyak 32,710 lagi orang dewasa tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan 15,238,078 orang atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa dilengkapi dos itu. Menurut laman web COVIDNOW, sejumlah 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada kumpulan sama melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,210,290 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam tempoh sama, 22,177 kanak-kanak mendapatkan vaksin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,835,698 individu atau 91.1 peratus daripada…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.03

PUTRAJAYA 12 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun kepada 1.03 semalam berbanding 1.04 kelmarin. Lapan negeri merekodkan kadar melebihi 1.03 manakala tiga lagi menyamai 1.03 dan yang lain lebih rendah. Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.34 berbanding 1.37 kelmarin. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.16, Terengganu 1.13, Perak 1.07,  Negeri Sembilan 1.07,  Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05 dan Selangor 1.05, Pahang 1.04. Kedah, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing menyamai kadar kebangsaan 1.03. Perlis mencatatkan 1.00, Johor 0.99,…

Read More