Kadar kebolehjangkitan 1.03

PUTRAJAYA 12 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun kepada 1.03 semalam berbanding 1.04 kelmarin.

Lapan negeri merekodkan kadar melebihi 1.03 manakala tiga lagi menyamai 1.03 dan yang lain lebih rendah.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.34 berbanding 1.37 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.16, Terengganu 1.13, Perak 1.07,  Negeri Sembilan 1.07,  Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05 dan Selangor 1.05, Pahang 1.04.

Kedah, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing menyamai kadar kebangsaan 1.03.

Perlis mencatatkan 1.00, Johor 0.99, Kelantan 0.97, Sabah 0.72 dan Wilayah Persekutuan Labuan 0.82.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment