70 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 11 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 70 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 33,567 orang, daripada 3.72 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 19 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kematian tertinggi direkodkan Perak 20 (4 BID) diikuti Selangor 11 (2 BID), Johor 10, Kelantan 9 (BID), Kedah 7, Negeri Sembilan 4 (1 BID), Sabah 4, Pahang 3 (BID), Perlis 1 dan Terengganu 1.

Sementara itu, terdapat 314,420 kes aktif Covid-19 di seluruh negara di mana daripada jumlah itu, 302,242 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,039 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,750 kes dirawat di hospital dan 389 di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment