15 juta terima dos penggalak

PUTRAJAYA 7 Mac – Sebanyak 15,017,166 individu dewasa telah mendapatkan dos penggalak setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari 2021.

Semalam, sebanyak 31,882 individu tampil mendapatkan dos penggalak yang menjadikan 63.8 peratus populasi dewasa mendapat suntikan ketiga itu.

Menurut data di laman web COVIDNOW, sepanjang semalam juga, 23,025 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICK Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,026,732 atau 28.9 peratus daripada populasi kanak-kanak menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sementara itu, seramai 442 remaja berusia 12 hingga 17 tahun ini melengkapkan vaksinasi mereka semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,831,197 manakala 810 sekurang-kurang dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 2,931,709.

Di samping itu, sebanyak 22,927,624 atau 97.4 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,204,433 atau 98.6 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam 440 dos kedua diberikan untuk kumpulan populasi dewasa ini manakala 507 dos pertama.

Sebanyak 57,106 dos vaksin diberikan semalam meliputi 24,342 dos pertama, 882 dos kedua dan 31,882 dos ketiga atau penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini 67,731,132.

Related posts

Leave a Comment