Kadar kebolehjangkitan 1.05

PUTRAJAYA 6 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam naik kepada 1.05 berbanding 1.02  kelmarin.

Lima negeri merekodkan kadar di bawah 1.05 manakala yang lain menyamai 1.05 atau mengatasi kadar kebangsaan.

Sarawak terus mendahului dengan kekal pada kadar 1.41 diikuti Perak 1.26,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.25, Terengganu 1.15 dan Selangor 1.10.

Negeri Sembilan,  Pahang dan Perlis masing-masing merekodkan 1.09, Pulau Pinang 1.08, Melaka dan Kedah masing-masing 1.05.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan 1.03, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kelantan 1.00, Johor 0.97 dan Sabah 0.87.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment