1 juta kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 6 Mac – Satu juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 28,149 kanak-kanak tampil mengambil vaksin menjadikan jumlah keseluruhan

1,003,227 orang atau 28.3 peratus populasi kumpulan kanak-kanak berkenaan.

Sebanyak 14,984,241 individu atau 63.7 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak Covid-19 dan 22,927,098 atau 97.4 lengkap vaksinasi manakala 23,203,753 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,830,746 individu atau 91 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,930,978 atau 94.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 68,081 dos vaksin diberikan semalam meliputi 29,714 dos pertama, 903 dos kedua dan 37,464 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) 67,672,349.

Related posts

Leave a Comment