78 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 5 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 78 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 33,106 orang, daripada 3.54 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 22 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 305,010 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 292,696 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,442 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di mana 8,524 dirawat di hospital, 348 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 137 memerlukan bantuan pernafasan dan 211 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment