Kadar kebolehjangkitan 1.00

PUTRAJAYA 3 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi semalam kepada 1.00 berbanding 1.02 kelmarin.

Bagaimanapun semua negeri mengatasi kadar itu kecuali Johor 0.97 dan Sabah yang mencatatkan 0.96.

Sarawak terus mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan 1.43 berbanding 1.37 kelmarin.

Ini diikuti Perak yang kekal pada 1.28, Terengganu 1.18, Perlis 1.15, manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan 1.12, Pahang 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10.

Pulau Pinang dan Selangor masing-masing 1.09, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Kedah 1.05, Kelantan dan Melaka masing-masing 1.04,

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment