Amaran kepada syarikat perkapalan

SANAA – Kumpulan Houthi yang disokong Iran memberi amaran kepada syarikat perkapalan supaya tidak memuat atau memunggah kargo di pelabuhan Arab Saudi di Yaman dan sebarang keingkaran berisiko menyebabkan mereka menjadi sasaran serangan.

Amaran yang berkuat kuasa mulai pukuk 12.01 tengah hari kelmarin, dikeluarkan  menerusi e-mel dihantar Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOCC) berpangkalan di Sanaa kepada beberapa syarikat perkapalan, Isnin lalu.

Kelmarin Houthi, mengisytiharkan sekatan laut terhadap Arab Saudi, sekali gus membuka kemungkinan baharu dalam konflik Iran-Amerika Syarikat (AS) dan meningkatkan ancaman ke atas bekalan tenaga global serta perdagangan antarabangsa.

“Syarikat perkapalan dilarang memuatkan serta memunggah kargo di mana-mana atau dari pelabuhan Arab Saudi, selain digesa mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat penelitian sewajarnya dalam semua urusan berkaitan

Sebarang pelanggaran akan menyebabkan kapal terbabit dikenakan sekatan atau menjadi sasaran di mana-mana lokasi dalam lingkungan operasi Angkatan Tentera Yaman,” kata e-mel itu.

Penutupan selatan Laut Merah akan menjejaskan laluan alternatif penting Arab Saudi ke Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan kekurangan bekalan tenaga.

Aliran trafik di Laut Merah masih belum pulih sepenuhnya sejak Houthi menyerang kapal dagang di pesisir Yaman pada November 2023, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang di Gaza.

HOCC sebelum ini, menjadi saluran utama Houthi mengeluarkan amaran kepada industri perkapalan sepanjang kempen serangan terhadap kapal dagang antara 2023 hingga 2025, sebelum dihentikan susulan gencatan senjata di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Sumber syarikat perkapalan percaya e-mel itu adalah peringatan mengenai kehadiran dan kemampuan Houthi bertindak, selain memaklumkan kapal tangki milik Arab Saudi sudah mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mematikan sistem pengesanan automatik.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment