67,416,313 dos vaksin didaftar

PUTRAJAYA 3 Mac – Sebanyak 97,534 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 67,416,313 dos didaftarkan di negara ini.

Daripada jumlah itu, 26,923 adalah dos pertama, 1,389 dos kedua, dan 69,222 adalah dos penggalak.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 14,810,832 atau 45.4 peratus daripada keseluruhan populasi negara telah mendapatkan dos penggalak.

Bagi populasi yang sama sebanyak 25,753,663 atau 78.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi dan 82.9 peratus atau 27,059,395 mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos

Sementara itu 25,016 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Ini menjadikan 929,733 kanak-kanak atau 26.2 peratus telah menerima vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi populasi dewasa, sebanyak 97.5 peratus atau 22,951,398 telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 98.7 peratus atau 23,231,225 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, sebanyak 90.1 peratus atau 2,802,265 daripada populasi remaja telah melengkapkan vaksinasi dan 2,898,437 atau 93.2 peratus lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment