39 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 39 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,239 orang, daripada  lebih 3.06 juta kes yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 17 daripada 39 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 217, 782 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 204,876 individu atau 94.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,571 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,719 kes dirawat di hospital dan 216 di unit rawatan rapi (ICU) di mana 75 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 141 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment