Kadar kebolehjangkitan 1.33

PUTRAJAYA 16 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara terus mencatatkan penurunan kepada 1.33 berbanding 1.38 pada hari sebelumnya.

Tujuh negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan kekal merekodkan kadar tertinggi iaitu 2.08 berbanding

1.94 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Sarawak 1.57, Sabah 1.52, Perlis 1.41, Kedah 1.40, Terengganu 1.36 dan Kelantan menyamai kadar kebangsaan 1.33.

Di bawah kadar kebangsaan adalah Pahang 1.32, Johor 1.31, Selangor 1.29, Perak 1.28, Negeri Sembilan 1.27, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.24,Melaka 1.21.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment