Rayuan AS$521.6 juta dana FAO

MANILA 21 Dis.  – Sebanyak AS$521.6 juta dana diperlukan bagi membantu Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) meningkatkan pengeluaran makanan dan penyelesaian pertanian berdaya tahan iklim di Asia dan Pasifik, termasuk Filipina.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada Rayuan Kecemasan dan Ketahanan Global FAO bernilai AS$2.5 bilion bagi 2026, yang bertujuan menyokong lebih 100 juta orang di 54 negara dan wilayah.

FAO dalam satu kenyataan media  memaklumkan rayuan global itu akan membiayai intervensi kecemasan menyelamatkan nyawa, termasuk pengagihan benih dan peralatan, kempen kesihatan haiwan, pemulihan mata pencarian secara pantas serta bantuan tunai.

Ia juga akan menyokong program pembinaan daya tahan yang menumpukan kepada penyelesaian sistem agromakanan mesra iklim dan biodiversiti, infrastruktur air, akses pasaran, pemulihan sistem agromakanan serta pengukuhan sistem pemantauan.

Daripada jumlah keseluruhan rayuan itu, peruntukan AS$521.6 juta bagi Asia dan Pasifik bertujuan membantu kira-kira 30.5 juta penduduk di Afghanistan, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Timor-Leste.

Pada 3 Disember lalu, FAO melancarkan Rayuan Kecemasan dan Ketahanan Global pertamanya di luar sesi Sidang Majlis FAO ke-179 yang berlangsung di ibu pejabatnya di Rom.

Related posts

Leave a Comment