15 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 15 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,114 orang, daripada lebih 3 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada 15 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 140,336 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 127,984 individu atau 91.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,254 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),

5,922 dirawat di hospital dan 178 di unit rawatan rapi (ICU) di mana 98 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 78 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment