383 juta kes 5.69 kematian global

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat ini 3 Februari kini melebihi 383 juta dengan jumlah kematian meningkat kepada lebih 5.69 juta orang.

Jumlah kes bertambah sebanyak 3.29 juta dalam tempoh 24 jam.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 75.5 juta kes dan 893,000 kematian.

India merekodkan 41 juta kes dengan 497,000 kematian manakala Brazil 25.6 juta kes dengan 628,000 kematian, kedua tertinggi.

Sementara itu, Perancis, United Kingdom, Turki, Rusia, dan Itali melepasi 11 juta kes manakala Sepanyol dan Jerman, 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.3 juta diikuti Filipina melebihi 3.5 juta, Malaysia 2.8 juta dan Thailand dengan 2.4 juta kes, manakala Singapura melebihi 352,000 kes.

Bagi kes kematian pula, Rusia merekodkan lebih 325,000 kes, Mexico lebih 306,000 manakala United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kematian dan Sepanyol melebihi 90,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan lebih 144,000 kematian diikuti Filipina lebih 54,000, Malaysia 31,000 dan Thailand lebih 22,000.

Related posts

Leave a Comment