Tujuh kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 31,992 orang, daripada 2.88 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada tujuh kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 59,685 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 52,207 individu atau 87.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,212 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,154 kes di hospital dan 112 di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 58 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 54 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment