15 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 15 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 31,738 orang, daripada 2.78 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 15 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara itu, terdapat 39,896 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, 32,550 individu atau 81.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,666 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,465 kes dirawat di hospital dan 215 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 110 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 105 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment