10 lagi kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 10 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,940 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 47,805 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 40,749 individu atau 85.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,042 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,890 kes dirawat di hospital dan 124 di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 70 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment