97.9 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 26 Jan. – Sebanyak 97.9 peratus atau 22,918,854 daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus atau 23,196,650 orang mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, sebanyak 78.7 peratus atau 25,702,311 daripada populasi keseluruhan mendapat dua dos vaksin Covid-19 manakala 79.8 peratus atau 26,062,066 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kumpulan remaja pula sebanyak 88.4 peratus atau 2,783,457 menerima vaksinasi lengkap manakala 91.0 peratus atau 2,865,416 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Jumlah penerima dos penggalak Covid-19 juga terus meningkat apabila 208,377 dos diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 11,119,363 orang.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 213,226 dos vaksin diberikan semalam iaitu 2,169 dos pertama dan 2,680 doa kedua.

Related posts

Leave a Comment