Hormati keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Ahmad Zahid Hamidi menghormati keputusan dan prosedur mahkamah serta akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi, yang mengarahkan beliau membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, susulan itu, beliau bersama pasukan peguamnya akan meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.

“Saya secara peribadi, serta peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti yang dibacakan hakim kerana itu hak mutlak hakim, dan keakuran ini tidak terhenti pada hari ini.

“Sebaliknya, apabila pembelaan diri diputuskan, maka pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah.

“Pasukan peguam saya akan meneruskan usaha guaman ini sebagaimana ditetapkan mahkamah tadi, dengan tarikh berkaitan juga sudah ditetapkan,” katanya pada sidang media di pekarangan mahkamah, hari ini.

Related posts

Leave a Comment