13 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 13 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,831 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,129 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 34,253 individu atau 83.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Related posts

Leave a Comment