Kes Saudi turun sedikit

RIYADH 15 Jan. – Selepas merekodkan 5,628 kes, angka harian tertinggi semalam, jumlah yang direkodkan hari ini turun sedikit kepada 5,281 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 609,953

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula kekal dua orang seperti semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,905 orang.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 561,542 orang selepas 2,996 lagi dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu dalam kalangan kes aktif, sebanyak 310 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga merekodkan 53 juta dos vaksin sudah didaftarkan.

Related posts

Leave a Comment