Kes harian Thailand berkurangan

BANGKOK 15 Jan. – Thailand merekodkan 7,793 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, berkurangan berbanding 8,158 yang direkodkan semalam dan 8,167 kes pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun jumlah kematian pula menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 18 orang berbanding sebelumnya 15 meninggal dunia di mana 16 melibatkan warga Thai serta masing-masing seorang dari Britain dan Amerika.

Dengan tambahan kes itu, jumlah keseluruhan kes kini 2,316,408 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 21,916 orang.

Daripada  7,793 kes baharu, sebanyak 7,523 adalah jangkitan tempatan dan 270 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 777 diikuti Samut Prakan 681, Phuket 420, Nonthaburi 419, Ubon Ratchathani 269, Pathum Thani 239, Nakhon Si Thammarat 194, Chiang Mai 179 dan Khon Kaen 177.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 44 negara termasuk Rusia 36, Amerika Syarikat 28, Uzbekistan 25, India 18, manakala Sweden, Emiriyah Arab Bersatu dan Jerman masing-masing merekodkan 15 kes.

Semalam, sebanyak 77,368 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 527 pesakit kritikal dan 105 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sebanyak 5,202 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,217,124

Related posts

Leave a Comment