Indonesia lapor 1,054 kes

JAKARTA 15 Jan. – Selepas menunjukkan penurunan kes menjelang Disember lalu, Indonesia hari ini melaporkan 1,054 kes Covid-19 iaitu jumlah kes harian tertinggi dalam masa tiga bulan.

Negara  itu berdepan dengan gelombang kedua paling teruk pada bulan Julai, disebabkan oleh penularan varian Delta.

Sebelum ini jumlah kes harian turun kepada sekitar 200 menjelang Disember, sebelum naik semula pada bulan ini di tengah-tengah penularan varian Omicron di dalam negeri.

Menteri Kesehatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata, penularan tempatan sudah dikesan dan Jakarta sudah menjadi kelompok jangkitan.

“Kita perlu menyelaras dengan pemerintah bagi mengetatkan pergerakan dan mengukuhkan protokol-protokol kesihatan, (memberi) dos vaksin penggalak dan mengukuhkan kemudahan kesihatan,” katanya.

Indonesia mengesan kes pertama Covid-19 varian Omicron yang lebih mudah berjangkit pada 16 Dis. Jumlah kes yang disahkan mencecah lebih 500 sejak itu dan para pegawai berkata kadar jangkitan boleh mencapai kemuncaknya pada Februari.

Negara Asia Tenggara itu memulakan vaksinasi dos penggalak bagi para penduduknya minggu ini.

Related posts

Leave a Comment