Brunei tambah 26 tempatan 9 import

BERAKAS 15 Jan. – Sebanyak 35 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan di Brunei Darussalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,860 orang.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, daripada jumlah tersebut, 26 adalah kes tempatan, manakala sembilan  adalah kes import.

“Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,120  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.7 peratus,” katanya.

Menurut Dr. Md Isham, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi,.

Tidak ada kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO) di Unit Rawatan Intensif.

Sementara itu, sebanyak 16 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,409 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 349 kes.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 10.3 peratus.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 14 Januari 2022 kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.7 peratus.

Manakala kadar bagi yang menerima dua dos vaksin ialah 93.7 peratus dan sebanyak 31.9 peratus pula bagi yang menerima tiga dos vaksin.

Perkhidmatan vaksinasi bergerak dari rumah ke rumah pula akan bermula minggu  depan  dari rumah ke rumah

Related posts

Leave a Comment